Menuju ke puncak jaya

Menuju ke puncak jaya

Isnin, 28 April 2014

Bagaimana hendak menyingkirkan saka yang mendampingi seseorang.





APA ITU SAKA?



Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan

Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.

Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb).

Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.

Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka.

Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak lengkap.

Umur jin lebih panjang drpd umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang (dinamakan buang saka). Setelah tuan punya tadi meninggal, jin itu akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut.

Jadi, saya percaya (berdasarkan bentuk soalan yg dikemukakan) bahawa ‘saka’ yang dimaksudkan oleh yang bertanya ini adalah saka sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan masyarakat Melayu. Maka saka jenis itulah yang akan saya “hi-lite” kan. Jika tersilap faham harap dimaafkan.

TANDA-TANDA SAKA

Saka yg disedari- biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dsb), yakin diri dan keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah meninggal dunia), ada mentera tertentu ataupun lain-lain.

Saka yg tak disedari-tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit teruk, atau penyakit ganjil, atau mimpi yg menakutkan… kemudian dibawa berubat, kemudian diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat saka/ nenek moyang/ jin keturunan.

BAGAIMANA MERAWAT MASALAH INI?

Bagi yang tahu dan menjaga saka- tak perlu dirawat kerana biasanya saka itu tidak mendatangkan masalah kepadanya.

Bagi yang tahu tetapi tak mahu lagi saka itu- kena melalui proses pembuangan saka atau rawatan.

Bagi yang tak tahu- apabila dah tahu biasanya tak mahu, maka kena lalui proses pembuangan atau rawatan

Cara rawatan pastinya melalui kaedah tradisional. Rawatan doktor moden setahu saya tak mampu menghilangkannya (boleh jadi ada kajian terbaru yang membuktikan boleh). Namun ada juga sedikit-sebanyak kaedah rawatan sains moden (bukan ilmu kedoktoran) yang berupaya membuang saka seperti melalui getaran, pernafasan, kuasa minda dan seumpamanya, *****a kaedah ini belum popular di kalangan masyarakat awam.

Kaedah tradisional:

Antaranya menggunakan khidmat pawang, bomoh, pakar perubatan tradisonal, tabib, sami dan seumpamanya. Golongan ini biasanya ada jin pendamping mereka sendiri. Jika jin mereka lebih kuat daripada jin saka, maka mudahlah diusir dengan cara-cara tertentu. Tapi ada juga jin saka yang agak kuat di mana mereka boleh kembali- berjaya dijauhkan buat sementara saja.

Jika jin saka lebih kuat, biasanya ia tidak berjaya dihalang daripada terus mendekati si sakit/ org yang nak buang. Malah mampu memudaratkan si perawat pula.

Ada perawat yang berpendamping melibatkan sama cara rawatan menggunakan doa dan ayat-ayat Al Quran. 2 dalam 1.

Ada juga perawat yang berpendamping menggunakan ayat Quran dan doa sbg “cover” shaja tetapi sebenarnya dia bergantung sepenuhnya kepada kekuatan jin/ jin-jin pembantunya sahaja.

Ada juga perawat yang berpendamping tapi tidak menggunakan pendampingnya, dia menggunakan ayat Quran, doa dan petua .

Ada pula perawat yang sepenuhnya bergantung kepada ayat suci, doa dan petua semata-mata.

Saka/ jin yang kuat sangat sukat untuk dibuang. Terutamanya jika yang ‘perjanjian’ dengan tuan punya saka yang mula-mula membuat perjanjian yang berat.

Jin jenis hantu raya boleh dibuang dengan tipu helah. Jenis pelesit juga mudah dibuang. Jenis bajang agak sukar. Jin jenis Ifrit lagi sukar kerana ia kuat. Jenis polong saya kurang pasti. Jenis toyol jarang dijadikan saka kerana ia lebih digunakan untuk kerja-kerja mencuri. Banyak lagi jenis-jenis jin yang dipanggil dengan pelbagai nama ‘hantu’ oleh masyarakat

Yang penting, barang-barang tumpangan saka itu seperti alat perhiasan, kain berwarna, adat-adat/ upacara tertentu, mentera-mentera . sebarang bacaan dan seumpamanya mestilah dibuang. Tapi tak boleh dibuang sembarangan, kena ada ahli yang tahu cara-caranya. Jiak dibuang sembarangan ditakuti saka itu akan mengamok pula, lagi teruk.

KAEDAH MERAWAT SAKA

1.sediakan segelas air
2 dibaca ayat-ayat dibawah ini sebelum subuh
3 air yang telah di baca ayat-ayat itu..(1)minum (2) disapu pada belakang tenggkuk
in shaa Allah, mudah-mudahan berhasil

(1)Al fatehah 3x
(2)Surah Al Baqarah ayat 255 (ayat krusi) 3x
(3)Surah AL Baqarah ayat 225 3x


(4)Alam nasyroh 3x
(5)Berdoa dengan bersungguh-sungguh dan jadikan amalan sehingga sembuh....in shaa Allah

Selamat mencuba.....SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PEYEMBUH, SEMBUHKAN LAH AKU DARI PENYAKIT INI.

Khamis, 24 April 2014

Tanda tanda rumah berhantu

GAMBAR HIASAN

Berikut adalah enam tanda tanda rumah itu berhantu. Hantu, pasti anda sering mendengar kata yang satu ini. Hantu merupakan makhluk halus yang tidak boleh dilihat secara mata kasar oleh sembarangan orang. Pada umumnya, hantu sangat suka berada di tempat-tempat sepi, kotor, lembap, atau rumah kosong dan tidak terurus. Namun apa jadinya jika hantu tersebut singgah dan tinggal di rumah anda? Di bawah ini ada beberapa tanda bahawa rumah anda ada hantu :

1. Perasaan aneh. Anda merasakan perasaan yang aneh bila berada di rumah. Merasa tidak tenang atau gelisah terus menerus. Atmosfera rumah anda terasa tebal, sempit atau berat.

2. Sering terdengar suara-suara aneh. Yang paling sering adalah suara ketukan-ketukan pada dinding rumah anda, kadang-kadang juga dapat terdengar langkah orang berjalan, berlari atau suara orang sedang mandi di bilik air.

3. Tercium bau-bauan. Biasanya bau bunga kubur iaitu bunga kenanga, harum malam atau bau bunga melati yang wangi, bau darah, bau busuk. Hantu yang mengganggu atau jahat biasanya
kedatangannya disertai dengan bau busuk seperti bangkai atau sejenisnya.

4. Benda bergerak sendiri. Seperti perabot bergerak sendiri, malahan yang parah anda mungkin mengalami “gempa bumi dalam rumah” iaitu perabot bergoyang-goyang semua padahal tidak ada pergerakkan pada lantai rumah seperti gempa bumi.

5. Binatang peliharaan nampak gelisah.Seperti kucing, ayam, burung, ikan dalam akuarium, anjing.Dan lain-lain binatang peliharaan yang ada.

6. Kemunculan depan mata. Wah ! Yang ini paling menakutkan. Anda mungkin saja langsung ditemui oleh hantu untuk memberi tahu bahwa mereka ada di sekitar anda.

Hantu yang paling sering muncul di negara kita antara lain pontianak, pocong, hantu raya, hantu pelesit, saka dari keturunan kita, roh-roh yang tidak diterima bumi atau hantu tanpa kepala.

Untuk menghalau hantu yang mengganggu rumah, banyak cara yang dilakukan orang terpulang kepercayaannya. Namun yang terpenting tentunya kita harus selalu yakin bahwa Allah akan selalu memberikan perlindungan kepada kita.

Boleh juga dengan menaburkan garam kasar.Tapi awas ! Garam kasar boleh mencederakan dan membunuh hingga teruk makhluk-makhluk halus ini.Sehinggakan rumah anda akan berbau
hanyir akibat kecederaan makhluk halus tersebut akan membalas dendam.Jika anda tiada ilmunya jangan lakukan ini.Sebaik-baiknya panggilah mereka yang pakar dalam bidang ini.

sumber dari 
http://rahsiakayubatudanlogam.wordpress.com

Rabu, 9 April 2014

Doa dipercepatkan jodoh








Gambar hiasan






Salah satu ikhtiar kita untuk mendapatkan jodoh, adalah berdoa....
bagi yang suka berwirid dan berdoa boleh amalkan ayat ini
setiap malam jumat bacalah surat Alam Nasyrah 313x,setiap selesai 10x maka bacalah

اللهم اشرح صدور اولاد ادم وبنات حواء وارزقنى الزوجة الصالحة التى تحبها وترضاها وارزقنى الزوج الصالح الذي تحبه وترضاه

Allahumma Syroh Shuduura awlada adam wa banaati hawa warzuqniy zaujatas Shoolihatal latiy tuhibbuha watardhoohaa war zuqniyz zawjas shoolihul ladzii tuhibbuha wa tardhoohu

Ya..Allah lapangkan hatinya anak cucu adam dan Hawa, dan berikanlah kami jodoh perempuan yang Engkau cintai dan Engkau Redhai, dan berilah kami jodoh laki-laki yang Engkau Cintai dan Engkau Redhai






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Ataupun



Petua untuk dapat jodoh


(sebagai tambahan kepada usaha2 lain)






amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :







" Walaa tamuddanna'ainaika illa ma mata'na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa' mur ahlakaa bisSolaati,wastabir 'alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal'aqibati lit taqwa......."







bererti



"Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta orgterdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan 'akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa"







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Di bawah ini beberapa do'a untuk mempercepat mendapatkan jodoh:

Tuhanku,
Kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah. ..
Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah. ...
Jika dia tidak berjodoh denganku,
maka jadikanlah kami berjodoh..

Kalau dia bukan jodohku,
jangan sampai dia dapet jodoh yang lain,
selain aku...
Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku,
jangan sampai dia dapet jodoh yang lain,
biarkan dia tidak berjodoh sama seperti
diriku...
Dan pada saat dia telah tidak memiliki jodoh,
jodohkanlah kami kembali...

Kalau dia jodoh orang lain,
putuskanlah!
Jodohkanlah dengan ku....
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain
dan
kemudian Jodohkan kembali si dia dengan ku ...
"Amiin..."

Ya Allah Yang Maha Pemurah,
Terima Kasih… Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah,agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…

Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.

Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah....Amin