Menuju ke puncak jaya

Menuju ke puncak jaya

Sabtu, 28 September 2013

Teknik Mengambil Barang Sihir Secara Batin


Kebanyakan kes sihir memerlukan rawatan ulangan. Ini mungkin kerana jin yang ditampung oleh pesakit sudah banyak lapisan atau barang sihir masih berfungsi sebagai "transmitter" yang menyebabkan pesakit diserang semula apabila barang sihir dipuja oleh tukang sihir mahupun dilalui/dilintasi oleh pesakit.

Mengambil barang sihir adalah suatu tuntutan tetapi ia sukar apatah lagi jika barang sihir berada di tangan tukang sihir atau telah ditanam bertahun-tahun lamanya.

Sebagai ikhtiar maka barang sihir boleh biizniLLAH diambil secara batin i.e. tanpa perlu mengambil secara fizikal. Teknik ini telah saya ujikaji dan alhamduliLLAH banyak membantu ramai pesakit saya. Berikut adalah teknik yang saya lakukan:

1. Kesan kehadiran jin sihir

Perawat mestilah memastikan pada badan pesakit memang terdapat jin-jin sihir. Teknik rukyah, dialog goyang kaki atau gantung tangan boleh digunakan. Dalam banyak kes saya lebih banyak menggunakan teknik kedua dan ketiga kerana respons yang segera.

2. Lekatkan jin sihir di tangan pesakit

Minta pesakit menadahkan tangannya untuk dibekalkan ayat-ayat rawatan. Baca dan tiup pada tangan pesakit alfatihah, ayat kursi, ayat penunduk dan pemanggil, ayat belasah dan bakar serta ayat penutup pandangan.

Minta pesakit genggam tangannya dan mengucap dua kalimah syahadah.

Minta pesakit dengan menggunakan tangan kanannya mengesan jin sihir di anggota tubuhnya. Tangan pesakit akan panas, mencucuk atau bergetar apabila kedapatan jin sihir pada mana-mana anggota badannya.

Minta pesakit menangkap (secara menggenggam tangan) jin sihir berkenaan. Rentap dan biarkan tangan pesakit tergantung seperti memegang sesuatu. Anda uji apakah benar bahawa di tangan pesakit adalah jin sihir ataupun tidak secara teknik ujian bercakap benar. Jika ya, lekatkan jin berkenaan secara membaca Yaasiin 4 penjuru dan tiup tangan pesakit. Tangan pesakit boleh dibuka genggamannya sekarang dan jin telah melekat di tapak tangannya.

3. Mencari dan membakar barang sihir

Minta pesakit mengangkat tangannya dengan tapak tangan ke bawah seperti mengesan sesuatu. Arahkan jin sihir untuk membawa tangan pesakit ke tempat barang sihir diguna atau disembunyikan seperti berikut:

"Dengan nama dan izin ALLAH, saya arahkan anda membawa tangan ini ke tempat barang sihir, bergerak!, bergerak! dan apabila sampai pastikan barang sihir di bawah tapak tangan ini. Berikan isyarat kepada tangan ini seperti berat, menyucuk atau panas supaya tangan ini boleh mengambil barang sihir berkenaan"

Anda akan dapati tangan pesakit adakalanya bergerak ke depan, kiri dan kanan dan akhirnya berhenti. Pesakit akan merasakan tangannya panas, menyucuk ataupun berat apabila tangan ini berhenti.... maka di"sini"lah barang sihir yang perlu diambil.

Minta pesakit menggenggam tangannya dan memindah barang sihir ke tangan kiri. Tangan kiri take-over, genggam dan bawa berdekatan mulut pesakit. Niat musnahkan, sebut ALLAHuAKBAR, buka tangan dan tiup.

Ulangi kegiatan mencari dan memusnah ini sehinggalah tangan tidak lagi bergerak apabila di arahkan mencari barang sihir.

4. Melepaskan jin yang melekat di tangan

Buka ikatan pada jin yang melekat ditangan pesakit, minta pesakit genggam semula tangannya dan buat aksi membaling dengan niat menghantar ke SM

InsyaALLAH teknik ini berserta teknik deklarasi akan diajar pada kursus yang mendatang. Selamat mencuba.....
SUMBER DARI 
http://akrine.blogspot.com

Mengambil Barang Sihir

Perawat Muda Langkawi: Mengambil Barang Sihir: بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَٰن الرَّحِيمِ اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ini merupakan rawatan ulangan kepada pe...

Jumaat, 27 September 2013

IKHTIAR RAWATAN DAN PENAWAR SANTAU:


Terdapat pelbagai kaedah digunakan untuk merawat sakit santau antaranya adalah:

UBAT DALAMAN

Dengan cara menggunakan ramuan herba dan madu untuk di buat minum dan makan.
- Minum:
Bahan:
gula batu sebesar ibu jari tangan,
 -daun dukung anak secekak bersama dengan akar sekali , bagi pokok ini terdapat dua jenis:

1) Berwarna merah - ini jenis pokok jantan daunnya bercabang dan rasanya pahit.
2) Berwarna hijau- jenis pokok betina (dari jenis ini diambil untuk dibuat ubat), antara khasiatnya: penawar racun, ubat batuk, sakit kuning, memperbaiki selera
makan, merawat masalah lemah tenaga batin, darah tinggi, meningkatkan kekuatan jasmani.e, - daun pengaga secekak dengan akarnya sekali (gunakan pengaga kampung yang jenis kecil-kecil bukan pengaga jepun daun yang bulat lebar pegaga batas.), 
- batang tebu 3 ruas dibuang kulit dan ambil isinya dipotong kecil ( paling baik guna tebu hitam atau merah tapi kalau tiada boleh guna tebu biasa). 
Semua bahan tersebut direbus dalam periuk dengan menggunakan 4 gelas air,apabila air rebusan sudah tinggal dalam lebih kurang 2 gelas bolehlah dimatikan api dapur dan dibuat minum, minum masa ia masih suam panas. Kemudian tambah lagi gula batu dan air 4 gelas ke dalam bahan rebusan tadi untuk direbus kali kedua. Air rebusan ini perlu diminum berterusan sehingga badan sembuh. Antara khasiat meminum air rebusan ini ialah dapat mencuci darah dan dapat kecutkan organ-organ dalaman yang luka terutama bagi perempuan yang lepas bersalin. Air rebusan ini adalah bagi orang yang tidak ada penyakit kencing manis.

- Makan
Bahan :
Madu lebah 3 sudu (elok madu lebah tualang),
beras pulut 3 suku cawan yang dibasuh dan dikeringkan dan ditumbuk,
 - halia muda 3 sudu yang diracik halus dan dipotong dadu, 
- gula pasir 2  sudu. 

Cara: semua bahan di campur dan kacau sebati. Dan dimakan sesudu sejam sekali hingga habis.Jika tidak suka makan madu lebah boleh kurangkan sedikit madu lebah tersebut dalam ramuan. la boleh disimpan di dalam peti sejuk.Buat sehingga 7 kali. Ramuan ini tidak digalakkan untuk pesakit yang menghidap menyakit asma atau lelah kerana ia menggunakan beras pulut. Bagi pesakit yang mempunyai masalah sakit resdung berkemungkinan apabila memakan ramuan ini akan keluar jerawat disebabkan beras pulut juga.

Untuk PENAHAN DARAH

Bahan:
 -Kelapa muda (apa saja jenis yang hijau) jangan gunakan kelapa gading atau kuning kerana dalam alam ghaib, seperti pokok ciku, pokok buluh kuning adalah tempat tinggal makhluk halus, ini berdasarkan daripada pengalaman perawat-perawat Islam. 
air,
sirih, gambir, kapur makan dan buah pinang muda (ambil isi putihnya) bagi  biji pinang
 -sekapur, akar pinang, dan akar pisang kelat secekak. Kesemua ramuan ini direbus dan dibuat minum sebanyak 3 kali. Antara doa-doa yang dibaca untuk rebusan ini ialah :

- surah al lahab, al-masadd ayat 1: - apabila sampai bacaan pada akhir ayat ...' tab': disitu niatkan - Ya Allah berhentikan darah yg keluar dari mulut si polan bin polan, sambil letakkan tapak tangan di bawah halkum pesakit. Kalau yang berak berdarah letakkan tangan dibahagian pinggul pesakit (niat pun sama cuma tukar bahagian dubur). Tetapi jika pesakit tidak mahu disentuh tidak mengapa, cuma bacakan pada bahan ramuan saja.
 - surah yassin ayat 38: sama juga jika sampai ayat dzhalika "tak" ... dalam hati niat seperti dalam surah al lahab dan almasad.
 - surah hud ayat 44. 

SAKlT DADA

Bahan:
- jintan putih 1/2camca,
 - jintan manis 1/2camca, kayu manis 2 jari, dan biji buah pala 1 atau 2biji.
 Cara: semua bahan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal 1 cawan dan diminum pagi dan petang. 

Nota: Apabila dirawat pesakit masih sakit, panas badan, dan berasa pedih,jarakkan  atau selangkan sehari amalan meminum ramuan tersebut, insyAllah.

Jika kesemua bahan-bahan herba tidak boleh dimakan atau diminum memadai dengan mengambil madu lebah 1/2 camca pagi dan petang dengan perut masih kosong sebelum makan atau minum, dengan bacaan selawat dan doa, insyAllah kerana madu lebah itu sendiri sudah diiktiraf dan diterangkan oleh Allah Ta'ala dlm Al quran akan kebaikan dan khasiatnya.

KAEDAH PELINDUNG (pendinding diri)

Sentiasa menjaga solat dan amalan fardhu yang wajib dan melakukan yang sunat seperti solat sunat malam, berzikir, membaca Al Quran, dan sebagainya . Setiap amalan hendaklah membaca al quran dan surah-surah yang dibaca dan berzikir hendaklah diniatkan memohon kepada Allah ta'ala supaya dilindungi diri dan ahli keluarga dari segala bentuk kejahatan makhluk syaitan, jin, iblis, manusia dan sebagainya. Senantiasa mengamalkan dalam doa harian atau setiap lepas solat membaca surah Al fatihah, 3 Qul ( Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas), Ayatul Qursi, doa pengerak (bismillahiladzi la yadhurru ma asmihi syaiun fil ardhi ... sampai habis.  Melazimkan diri membaca ketika sebelum makan dan minum, sebelum  keluar rumah , lazimkan juga membaca 2 akhir ayat dari surah at taubah (ayat 128 dan 129) iaitu laqod ja'akum .... sampai habis., dan doa-doa yang lain.

CARA HENDAK MENGETAHUI TERKENA SANTAU:

Apabila hendak tidur, perahkan air limau nipis sedikit (tanpa ditambah dengan air) ke dalam mulut. Jika tiada masalah seperti batuk, gelisah samada semasa tidur atau tidak, berkemungkinan besar 90% masalah yang dialami ada bersangkut paut dengan santau.Jadi,segera dapatkan rawatan yang sewajarnya.Kalau tiada masalah Alhamdulillah. Santau biasanya bersangkut paut dengan penyakit fizikal juga seperti sakit, gatal-gatal pada anggota badan, kanser, sakit jantung, paru-paru, buah pinggang dan sebagainya, kecuali gout dan kencing manis. Wallahu'alam.

PERKARA YANG DILARANG APABILA PESAKIT SEDANG MENJALANl RAWATAN SANTAU

la bergantung kepada cara rawatan perawat-perawat lslam yang mempunyai pelbagai kaedah untuk merawat, ada perawat melarang pesakit memakan ikan yang bersengat,dan jika perawat yang menggunakan kaedah rawatan tepuk daun nangka seperti Ustaz Mokhtar Kasan ini, adalah ditegah pesakit apabila sedang menjalani proses rawatan memakan limau ( semua jenis limau terutama limau nipis, limau kasturi walau kordial sunquick tu pun tak boleh, apa-apa perasa limau tidak dibenarkan), cuka, buah yang masam dan jeruk (pickles),nenas, dan rebung yang boleh diklasifikasikan  berunsur tajam, dan kurangkan juga memakan makanan yang pedas, berminyak, air batu, tidak boleh melakukan kerja kuat atau aktivity yang lasak seperti bermain bola dan sebagainya, serta tidak boleh mengangkat barang berat. Dikhuatiri jika pesakit tidak mengendahkan segala larangan-larangan tersebut akan membawa kesan buruk dan padah terhadap pesakit itu sendiri kerana luka-luka dalaman masih belum sembuh sepenuhnya. Di samping mendapatkan rawatan dari perawat lslam adalah digalakkan pesakit itu sendiri berusaha untuk menguatkan daya ketahanan diri rohani dan jasmani melalui membaca Al Quran, berzikir dan sebagainya, secara istiqomah dan berterusan untuk mendapatkan ketenangan fikiran disamping berdoa kepada Allah Ta'ala semoga sembuh,insya Allah.

CARA MERAWAT PESAKIT SANTAU MELALUI KAEDAH TEPUK

Ustaz Mokhtar memberitahu kenapa menggunakan daun nangka tidak daun lain, jawapannya beliau tidak sempat bertanya kepada gurunya yang mana sudah meninggal dunia. Mungkin Allah Ta'ala menjadikan daun nangka ini ada kelebihannya tersendiri. Wallahu alam. Ada 2 cara boleh menepuk samada menggunakan daun nangka atau menggunakan tangan perawat itu sendiri untuk menepuk (tapi jika menggunakan tangan sendiri dikhuatiri pesakit tidak dapat menahan akan kekuatan daya zikir perawat tersebut sebab tu dialas gunakan daun nangka)
beza daun nangka dengan daun-daun yang lain ialah salah satunya daun nangka struktur daunnya kuat dan keras sedikit berbanding dedaun pokok lain yang mana jika digunakan daun pokok getah atau pokok rambutan atau durian atau manggis dan sebagainya  akan cepat hancur. Untuk sehelai daun nangka boleh digunakan lebih dari seorang .

Peralatan yang digunakan : bagi seorang pesakit -  sehelai daun nangka (untuk menepuk), 
1 pelepah daun pokok pisang yang baru nak terbuka (yang berwarna hijau muda) kalau tiada, guna sehelai surat khabar sebagai alas, 4 klip sepit rambut yang panjang (biasanya yang digunakan di kedai gunting saloon cina untuk gunting rambut), 1 keping kertas lukis pelan yang berwarna putih digunting empat segi panjang untuk diletakkan di atas permukaan surat khabar (di tengah-tengah) kemudian disepit (maknanya ditebuk kertas surat khabar itu lah yang mana atasnya ada kertas pelan) setiap penjuru kertas itu dengan 4 batang sepit rambut panjang tadi, lampu suluh untuk melihat barang santau yang keluar jatuh,getah tempe untuk mengikat bungkusan surat khabar untuk dibuang.

Air air mineral, tidak digalakkan menggunakan air yang sudah dimasak dan bekalan ubat pesakit seperti yang diterangkan sebelum ini untuk didoakan. - Antara doa-doa yang dibaca untuk rawatan adalah : Surah Al Fatihah, Selawat Syifa, Surah Mariam ayat  ayat 17, bismillah 5 (khasiatnya salah satu adalah penawar bisa), ayatul Qursi, surah Al hasyr ayat 21-24, Lau anzalna ... sampai habis ( dikenali sebagai ayat pemecah , pengebom : bagi pesakit yang ada sakit kanser dan perempuan mengandung , dan yng jenis muntah darah tidak boleh dibacakan ayat ini kepada mereka dikhuatiri akan mendatangkan kesan yang buruk seperti pesakit kanser, tumor akan pecah)dan doa-doa yang lain.

Merawat mengikut keadaan pesakit, ada sesetengah pesakit santau apabila dirawat sampai boleh mengalami histeria.Maka, untuk kaedah menepuk, bagi pesakit lelaki hendaklah berjumpa dgn perawat lelaki manakala pesakit perempuan semestinya berjumpa dengan perawat perempuan.Dilakukan kaedah tepuk ini di dalam bilik dengan membuka baju.
Note: hanya baju saja dibuka kerana samada perawat lelaki atau perempuan akan membuat kaedah menepuk pada bahagian tengkuk ke pinggang saja.

Posisi pesakit apabila hendak memulakan rawatan adalah dengan berkeadaan seperti merangkak di atas kepingan surat khabar 1 pelepah daun pisang yang sudah disediakan.

Cara menepuk: sebelum hendak dan bermula menepuk perawat disarankan membaca selawat , ayatul Qursi dan berdoa meminta perlindungan dari Allah Ta'ala serta mendoakan pesakit itu sembuh. InsyaAllah. Kemudian daun nangka tersebut hendaklah dipegang (dibahagian depan daun yang licin dengan ibu jari,di bahagian belakang daun yang timbul rangka bentuk daun dipegang dengan 2 atau 3 jejari tangan yang lain). Cara menepuk ialah seperti mengibas-ngibas selari, lakukan dengan perlahan-lahan. Sebelum menepuk, perawat disarankan menggunakan tangan menyentuh dibahagian tulang belakang pesakit dari atas ke bawah untuk memeriksa dan mengesan tempat santau itu berada, sekiranya dapat rasakan ada bahagian yang panas, berkemungkinan besar santau memang terletak dibahagian tersebut jadi mulakan saja proses menepuk di tempat yang berasa panas itu. Jika masih tidak dapat dikesan, perawat boleh memulakan kaedah menepuk bermula di bahagian tengkuk pesakit selari dengan tulang belakang hingga sampai bahagian pinggul, kemudian naik ke sebelah kiri bahu pesakit tepuk di situ dibawa selari ke bahagian bahu kanan buat sampai habis tiba ke paras pinggang. (ini adalah untuk satu pusingan saja) jadi dalam 1 rawatan tepuk dinasihatkan supaya buat sampai 3 pusingan sahaja, jangan lebih sebab berdasarkan pengalaman pesakit apabila mereka hendak meminta lebih dari 3 kali kebanyakkannya tidak tahan dengan penangan tepuk perawat yang selalu mengamalkan zikir , biasanya zikir yang diamalkan perawat menepuk kaedah santau ini ialah membaca surah al ikhlas.

Jika semasa dalam merawat pesakit ada tindak balas (iaitu tindak balas jin), maka perawat perlu tahan nafas dan baca ayatul Qursi dan tolak balik gangguan tersebut. Dalam rawatan tersebut ia akan menyerang melalui tangan perawat di mana perawat tersebut akan berasa bisa-bisa sendi di bahagian tangan. Jadi cara untuk menolak, baca ayatul Qursi serta tahan
nafas serta tangan lagi sebelah memegang pangkal bahu yang rasa bisa-bisa tersebut dengan menolak dari pangkal bahu sampai ke hujung jari, insyAllah..

Note: jangan sesekali menepuk bahagian kepala pesakit kerana dikhuatiri otak dan bahagian sistem dalaman kepala pesakit akan bergegar (ini amaran penting), hanya mulakan menepuk hanya dari bahagian tengkuk pesakit terus ke bahagian pinggang saja. Begitu juga pesakit jika hendak membuat rawatan tepuk sendiri di rumah (ikut cara tepukan perawat) jangan menepuk di bahagian kepala , mulakan menepuk dari tengkuk di bawa sampai ke kaki ( bagi pesakit, mereka boleh membuat sendiri rawatan tepuk ini dengan dibekalkan daun nangka yang sudah dibacakan doa oleh perawat, tetapi hendaklah di buat di dalam bilik air dan jika perlu minta bantuan dari pasangan atau ahli keluarga untuk membantu menepuk bahagian badan pesakit dari tengkuk ke kaki (pesakit hendaklah menanggalkan pakaian keseluruhannya, apabila sudah selesai pesakit perlu mandi bersabun dan bersihkan diri serta membersihkan bilik air, dikhuatiri jika ada tertinggal sisa-sisa santau yang jatuh di atas lantai akan terkena pada orang lain yang menggunakan tempat yang sama. Bagi rawatan sendiri, sekurang-kurangnya pesakit perlu membuat 2 kali atau 3 kali sehari.

Apabila sudah selesai proses menepuk, perawat boleh menggunakan lampu suluh untuk melihat serbuk atau cebisan santau yang keluar dari badan pesakit dengan mematikan lampu bilik, kemudian letakkan cahaya lampu suluh tersebut selari dengan permukaan surat khabar, insyAllah akan lihat jenis santau yang dikeluarkan. Jika menggunakan daun pisang, biasanya jika santau yang keluar akan jatuh tercacak ke atas daun pisang tersebut,dan daun pisang akan menjadi layu bila cebisan atau serbuk santau jatuh di atasnya. Kemudian perawat perlu berhati-hati untuk mengemaskan tempat tepukan (alatan suratkhabar atau daun pisang yang digunakan), di sini perawat perlu berhati-hati bila hendak menggulung surat khabar atau daun pisang tersebut, jangan terkena cebisan santau yang jatuh di atas permukaaan surat khabar atau daun pisang ( jika menggunakan sepit rambut itu boleh ditarik dan boleh digunakan semula, dicuci), suratkhabar atau daun pisang hendaklah digulung kemas, apabila sudah digulung kemas bahagian hujung kiri dan kanan suratk habar daun pisang tersebut dilipat sampai bertemu 2 di tengah-tengah (lipatan lipatan buat "tempe"), kemudian di ikat rapi dengan getah tempe. Bolehlah ia dibuang ke dlm tong sampah (yang mana biasa lori sampah akan membawa sampah ke tapak pelupusan sampah dan boleh di bakar di tempat sampah. Jika cara dahulu apabila selesai rawatan perawat terpaksa menggali lubang di halaman rumah untuk menanam lipatan daun pisang yang berisi santau ini ke dalam lubang tanah.

Jika sudah selesai semuanya, bolehlah dicuci tangan atau mandi dengan bersabun bersih-bersih kemudian buat solat sunat. 

Note: sebelum mengambil daun nangka dari pokok nangka atau daun pokok pisang adalah dinasihatkan supaya berdoa dan niat , memberi salam kepada nabi llyas ( surah as- soffat: ayat 130: salamun ala ilyasiin (salam sejahtera kepada Nabi Ilyas) kenapa perlu memberi salam dan meminta izin dari nabi llyas kerana nabi llyas ditugaskan untuk menjaga tumbuhan), niat untuk mengambil daun ini untuk dibuat ubat, kemudian baca Surah Al fatihah 1 kali, dan
surah Al ikhlas 11 kali, serupa juga nak gunakan daun tersebut untuk menepuk baca surah Al Fatihah 1 kali dan surah Al ikhlas 11 kali. Di nasihatkan jika hendak mengambil apa-apa jenis tumbuhan untuk dibuat ubat dalam rawatan hendaklah diambil pada waktu siang jangan di ambil pada waktu malam. Kerana tumbuhan juga makhluk Allah Ta'ala, mereka juga beristirehat pada waktu malam seperti manusia.

PEMUTUS

Jika pesakit sudah sembuh betul, dibolehkan pesakit membawa 3 biji limau nipis setangkai (dipetik tangkainya dari pokok limau tersebut menghadap Qiblat semasa memetik dan jangan memetik terkena bayang-bayang, beri salam kepada nabi Ilyas, jika tidak ada atau susah, memadai pergi ke kedai runcit beli 3 biji limau nipis pun boleh, garam halus, dan sebilah pisau, bawa barang-barang tersebut kepada perawat, biasanya bahan-bahan ini akan digunakan perawat untuk menandakan tamatnya rawatan pesakit tersebut, contohnya dari sebiji limau yang dibawa pesakit tersebut, perawat akan memotong dan mengambil 1 belahan limau di sapu dengan garam halus  dan diberi kepada pesakit tersebut untuk dihisap , belahan lagi 1 limau nipis itu perawat akan menghisap serupa macam pesakit. Akhirnya perawat akan bekalkan bacaan doa pada air rawatan kepada pesakit untuk dibuat minum. Antara doa-doa tersebut: 



Al Fatihah, bismillah 5, dan selawat syifa. Jika pesakit tidak dapat menyediakan limau nipis dan bahan-bahan yang lain, memadailah jika pesakit dengan ikhlas hati memberi hadiah berupa sesuatu pakaian yang boleh digunakan untuk solat contohnya: sejadah, telekung, kopiah, sarung kain, / selipar utk ke masjid, contohnya. Sebenarnya tidak ada perkataan : wajib bagi seseorg untuk memutuskan ubat & tiada perkataan pengeras dalam perubatan islam SUMBER DARI http://darussyifabbst.blogspot.com

Apa itu santau dan bagaimana Menanganinya?

.Santau terdiri daripada beberapa jenis. Sebahagian darinya :

1) SANTAU ANGlN : Cara ia disebarkan melalui angin. Pembawa santau ini akan membawa santau mereka berjalan dikhalayak ramai, santau ini akan mengikut arus angin dari pembawa (arus angin dari belakang ke hadapan pembawa) dan mengenakan mangsa yang berdiri berhadapan (face to face) dengan pembawa. Sekiranya mangsa membelakangi pembawa santau, insyAllah tidak akan terkena santau tersebut.

Untuk santau angin biasanya, amat bahaya jika ramai orang yang berhadapan (face directly ) dengan pembawa santau ini kebanyakannya semua akan terkena termasuklah haiwan. Nauzubillah. Hanya insan yang beramal soleh dan mengamalkan doa pelindung diri, yang mana Allah hendak melindunginya,lnsyAllah akan dilindungi oleh Allah Ta'ala.

Bagaimana santau ini dibawa? Pembawa santau ini akan membawa santau ini melalui celah kuku tangan mereka. Di kediaman, pembuat santau akan memasukkan dahulu jejari tangan mereka ke dalam bekas simpan santau untuk memasukkan santau ke dalam celah-celah kuku mereka sebelum mereka membuangnya di khalayak ramai. Kapasiti bagi jentikan 1 Jari : 20 mangsa, kalau 10 jari dah ada 200 mangsa. Nauzubillah.

Dengan melalui arus angin dan memasukkan santau ke dalam jejari tangan, biasanya pembawa santau ini akan menyebarkan atau membuang santau mereka ini dengan kaedah menjentik-jentik jejari mereka di kawasan umum atau bila mereka ketawa, mereka akan membuka seluas-luasnya mulut mereka sampai boleh terlihat lelangit & bahagian tekak mereka, itu juga adalah salah satu cara mereka mengenakan santau. Tempat biasa untuk sebaran atau dibuang santau seperti di pasar tani, pasar malam, restoran, majlis kenduri dan sebagainya. Wallahu alam

2) SANTAU TUJU: Ditujukan kepada seseorang. Biasanya jika terkena pada orang yang dituju memang akan terkena (dengan izin Allah), insyaAllah jika dapat dielak ia akan terkena pada orang yang rapat dengan mangsa. Wallahu'alam. 

Penyantau tujukan santau tersebut dengan mengambil pakaian mangsa iaitu dengan mengetahui tarikh lahir mangsa. Contohnya, dari situ penyantau akan membuat kira-kira di mana mereka akan mencari kelemahan mangsa dalam 1 minggu ada 7 hari, jadi dalam 7 hari salah satu hari akan ada kelemahan berdasarkan dari tarikh lahir. Bila penyantau sudah dapat mengesan kelemahan mereka, penyantau akan menggunakan hari kelemahan mangsa tersebut untuk menyerang.

3) SANTAU MAKAN DAN MlNUM: Ia dimasukkan ke dalam makanan dan minuman. Biasanya jika mangsa selalu mengamalkan amalan pendinding diri dengan izin Allah Ta'ala, dapat mengesan santau tersebut contohnya apabila mangsa hendak memegang cawan atau gelas yang berisi air sejuk dan sebagainya, air tersebut jadi macam menggelegak, gelas yang dipegang meletup atau pecah dan boleh dilihat dalam makanan tersebut mempunyai rambut-rambut yang halus (seperti rambut orang lelaki yang baru gunting rambut), serpihan-serpihan kaca berkilat dalam pinggan. Wallahu alam. Tempat biasanya dalam jamuan kenduri kendara atau kedai makan dan sebagainya.

4)SANTAU LANGKAH : Biasa berlaku di tempat kerja (office). Di mana orang yang mempunyai hasad dengki dan sebagainya akan menaburkan bahan-bahan santau ini di pintu sambil menyebut 1 menujukan santau tersebut kepada mangsa yg hendak dituju.. Ada juga santau yang dimasukkan ke dalam perigi dan lain-lain. Ia untuk ditujukan kepada seseorang dan terdapat pelbagai kaedah cara untuk pembuat 1 penganiaya ini melakukan santau. Tapi santau hanya akan kena pada mangsa melalui masuk dalam mulut (makan, minum, angin ) , pijak langkah .... Wallahu alam ...

Santau ini boleh dijual beli,contohnya pembuat santau ini akan menternak santau ini secara komersial dan akan menjual kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya atau pembeli boleh mengupah penyantau untuk menyantau mangsa I pembeli juga boleh hanya membeli santau saja dan belajar dari penternak bagaimana nak menyantau orang, walau budak umur 12 tahun pun boleh belajar .... Nauzubillah ...

Santau ini ada grade tersendiri, jika grade yang tinggi kesan pada mangsa seperti muntah darah yg banyak dan kritikal dan berkemungkinan membawa maut, dan ada yang grade rendah tapi kesan untuk jangka panjang ialah mangsa akan mempunyai masalah kesihatan seperti sakit asma, kanser,gatal-gatal yang sukar diubati, dan sebagainya. Dan menyebabkan terjadinya SAKA, sebab jin-jin & syaitan-syaitan yang berada dalam santau masuk ke dalam badan mangsa akan cepat membiak, nisbah bagi manusia
melahirkan anak 1 orang = 1 bayi, tapi jin dan syaitan: seekor jin= 9anak jin dan syaitan. Jenis mangsa : orang yang kuat beramal soleh (good muslim), orang yang mempunyai kelebihan dan baik.

Kenapa syaitan atau jin tidak mengganggu orang-orang kafir 1 orang-orang yang tidak
mengikut perintah Allah Ta'ala? Syaitan 1 jin tidak akan menyusahkan mengganggu merosakkan sebangsa dengan mereka, jadi makhluk-makhluk ini tidak akan menyakiti 1 mengganggu manusia yang sudah buat maksiat 1 tidak bermoral kerana mereka  memang dah dihanyutkan
oleh makhluk-makhluk ini dengan perkaraperkara yang dilarang oleh Allah Ta'ala. Cuba pergi disko ada tak org kena santau kat situ ... answer, takde .... cuba pergi ke masjid ada tak orang kena santau kat situ answer ada ... ada orang-orang yang kuat beramal pergi masjid jalankan perintah Allah , itulah musuh syaitan, jin wal iblis laknatullah ....

Tujuan membuat santau: amalan diri (pembuat atau penyebar santau biasanya hendak mengetahui sejauh mana kehebatan ilmu santau mereka lalu membuat praktikal), pertahankan diri ( kalau zaman dahulu, kalau sesebuah negeri kalah dalam peperangan jadi nak balas balik guna santau, kalau sekarang ada segelintir dari kalangan wanita-wanita yang jahil atau lelaki-lelaki yang jahiliyah menggunakan santau untuk mempertahankan hak-hak kepentingan diri sendiri), untuk membalas dendam, dan untuk kebanggaan supaya dihormati atau ditakuti.

RAMUAN SANTAU

Air ulat sintuk (ulat gonggok yg berwarna kehitam-hitaman, segala jenis miang seperti miang buluh, miang jagung., sumbu pelita minyak tanah (habuknya), hempedu katak puru (biasanya digunakan di kedah atau perlis- katak puru yang diambil dari atas pokok daun keladi yang layu yang terletak di sawah padi), kaca dari botol-botol kaca atau kaca lampu (ditumbuk dan diayak dan diambil serbuk kaca yang halus), kuku (dari manusia atau haiwan, dan sebagainya), rambut, tali sabut (direndam selama 44hari kemudian diracik halus-halus), kacang babi (Wallahu alam tak tau rupa bentuknya tapi org Asli -Aborigines people- yang tahu sebab mereka cari dalam hutan, bahan ini kalau terkena di kulit gatalnya Nauzubillah, ada sampai terpaksa kena potong salah satu anggota badan yang terkena), tembikar yang lama dan benda-benda yang kotor yang banyak jangkitan bakteria, tulang haiwan yang mati berangan seperti kokang (mati tergantung), beruang yang mana haiwan-haiwan tersebut mati yang menyeksa terseksa diri - biasanya jin yang tertempek pada haiwan-haiwan sedemikian yang digunakan ialah jenis hantu raya class A.,, barang-barang yang gatal-gatal, sabut pada batang pokok enau, lipas dan lain-lain ...Kadang-kadang, ada juga yg menggunakan kaedah santau ular, labah-labah,(menggunakan haiwan yang berbisa) dan lain-lain ... (bahan yang dibuat dari kulit, tulang, bisa, ..ia akan dihancurkan dan dibuat ramuan untuk santau). Function santau : untuk menyeksa hidup dan membunuh mangsa.

Bagaimana santau dibuat dan diproses

Pembuat santau akan mengumpulkan segala bahan-bahan yang hendak dibuat santau kemudian bila semua ramuan dah cukup, pembuat santau akan mencari suatu hari dalam bulan gelap betul-betul gelap(kalendar melayu kalendar islam ) dan mereka akan membawa bahan santau ini ke simpang tiga yang tak ada orang lalu lalang  (simpang yang menuju ke hutan) di tengah malam tanpa membawa rakan hanya seorang diri, kemudian mereka akan memulakan bacaan mentera jampi serapah mengikut bahasa masing-masing sambil menutup bekas santau itu dengan sehelai kain. Cara bahan santau itu aktif ketika mana pembuat santau tu membaca mentera kain yang menutup bekas santau tu naik ke udara kemudian keluar suara (jin, syaitan, iblis laknatullah) bercakap 'aku ikut perintah kamu' itu bermakna ramuan santau itu sudah jadi (apabila bahan santau  'menjadi' ia membiak mcm yeast- cepat membiak walau kalau dah masuk dalam tubuh mangsa pun cepat membiak macam virus). Tapi sekiranya bahan santau itu tak jadi maka pembuat santau  ini akan menunggu hari gelap yang lain untuk mengulangi ritual yang sama sampai menjadi.

Apabila bahan santau ni diaktifkan ia akan disimpan dalam bekas tabung contohnya zaman dahulu ia disimpan dalam batang buluh kecil dan digantung pada para di dapur. Kalau zaman sekarang Wallahu alam mungkin dalam balang atau sebagainya. Jadi, dalam 3 atau 4 bulan sekali pembuat santau ini akan memeriksa bekas santau itu samada penuh atau tidak, jika dah penuh dan melimpah terpaksa lah pembuat santau ini membuang santau ni dengan cara yang diterangkan sebelum ni samada pada khalayak ramai atau sebagainya. Jika tiada pilihan dan tak sempat nak buang ia akan memakan tuannya sendiri (samada pembuat terpaksa memberi makan atau minum pada ahli keluarga atau memakan diri sendiri). Boleh tak santau ini dibuang? Jawapannya boleh.

TANDA TERKENA SANTAU: 

Batuk yang berterusan  walaupun makan ubat hospital pun tak baik-baik dan gejala batuk pada waktu-waktu tertentu seperti maghrib, pagi, tengah malam, nak subuh, ada yag 24jam (mcm batuk anjing) , muntah darah, rasa tercucuk-cucuk dalam badan seperti ada jarum (di bahagian dada, sendi-sendi badan, peha, dan kaki), demam panas, sakit kepala, lenguh atau lemah sendi dan anggota badan, tiada selera makan ( kesannya jadi badan susut dan bila cuba nak makan rasa nak muntah), susah nak tidur malam, kerap mengantuk di siang hari, gatal-gatal badan, pemarah (sifat yg dibangkitkan oleh jin, syaitan, iblis), pelupa, resdung, barah, kayap, lumpuh ( yg menyerang buah pinggang) dan ada yg sampai buat putus urat jantung, serta jadi gila, lemah tenaga batin, kudis (biasanya ramuan santau ini boleh didapati dari kepulauan Borneo), penyedih, penakut, pembenci, pemalas , fikiran tidak tenteram (sehingga tidak boleh membuat keputusan dengan tepat dan hilang keyakinan diri, suka bersendirian (tidak suka bergaul dengan org ramai), sakit perut dan sakit belakang.

KESAN DARl TERKENA SANTAU:

Merosakkan rohani dan jasmani ( rasa tidak tenteram), merosakkan rumah tangga, merosakkan organ dalaman, merosakkan fikiran dan maut. Tanda fizikal mangsa santau : warna kebiru-biruan (biru kundang) di kuku tangan dan kaki, bibir, kelopak mata dan ada yang tahap kritikal menjadikan paru-paru dan jantung bermasalah dan berlubang. Tidak ada perawat dapat memastikan dengan tepat berapa lama tahap santau sudah berada dalam badan pesakit tetapi berdasarkan pengalaman perawat santau, jika hanya bahagian dada saja berkemungkinan santau tersebut baru masuk mungkin tidak kurang dari satu atau dua minggu, kalau sudah sampai ke pinggang berkemungkinan sudah masuk dalam sebulan atau beberapa bulan ,kerana bila bahan santau dapat dikeluarkan dari badan pesakit dapat dilihat bahan tersebut masih baru dan bila dah sampai ke kaki berkemungkinan sudah beberapa tahun. Kalau yang dah lama bertapak, apabila keluar mungkin santau itu sudah menjadi hitam. Wallahu'alam.

Jika pesakit santau menggunakan X-ray, ia tak dapat dikesan tetapi jika pesakit itu terkena santau biasanya hasil filem x-ray tersebut di bahagian paru-paru akan menjadi gelap dan doktor gagal mengesan puncanya. Santau ini bila dah masuk ke dalam tubuh mangsa melalui mulut atau sebagainya, seperti yang diterangkan sebelumnya ia akan menjadi racun masuk ke pembuluh darah seperti bagaimana masuknya gangguan jin dan syaitan termasuk sihir dan menyerap ke seluruh badan dan terus ke otak dan ada kesan santau  menjadikan anggota badan seperti lidah menjadi pendek membuatkan mangsa tidak boleh bercakap, mulut menjadi herot, dan tangan menjadi merengkot.

Selasa, 24 September 2013

Tanda Tanda Terkena Santau

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH........Tanda tanda awal  santau
  1. Tanda awal adalah batuk kering yang takde kahak. Sampai pedih kerongkong.
  2. Seterusnya, batuk akan bercampur dengan darah, bermakna organ dalaman da terluka sebab bisa santau.
  3. Saluran nafas mula jadi busuk sebab organ yang luka tu da mula bernanah
  4. Mangsa akan mula hilang selera makan dan minum
  5. Mangsa akan mula cepat naik angin, disebabkan penderitaan yang berlanjutan.
  6. Mangsa akan mula lemah daya ingatan.
  7. Kalau dah bertahun kena, bahu dan dada diorang akan membengkok kedepan, cam orang kurus cekeding  
  8. kerap sakit kepala...
    sumber dari 
    http://berkatrezeki.com

Tanda Terkena Sihir Cinta & Ilmu Pengasih

  • Tanda disihir : Orang yang dari dulu kita tak suka, tiba-tiba jadi suka sangat dan nak kahwin. Sebelum tidur selalu terbayang dan mimpi indah tentang orang sama berhari-hari. Perkahwinan tiba-tiba dibatalkan kerana suka orang lain, tiba-tiba malas melayan suami/isteri.
  • Bagaimana disihir : Selalu orang guna minyak dagu. Korek kubur orang mati kemalangan atau mati beranak sulung (bomoh-bomoh selalu update dengan berita dalam newspaper untuk tahu kat mana mayat ditanam), gantung mayat kaki ke atas kepala bawah & nyalakan api di dagu. keluarlah minyak jadi minyak dagu. Nauzubillah…
  • Selalu minyak dagu dicalit pada mangsa atau di baju mangsa dan ada juga dicalit di baju di jemuran. Juga boleh sihir guna rambut mangsa, baju (especially yang tak berbasuh lagi dan ada peluh), baju dalam, juga guna gambar dari Facebook (gambar full lagi cepat disihir berbanding gambar separuh)
  • Kalau rasa terkena sihir, cuci tempat dicalit (buang physically). Baca ayat-ayat Quran kat perfume atau air (ia akan jadi syifa’) dan gosok tempat tu. Selalu kalau tekan perlahan nadi orang disihir, dia akan menjerit. Kalau mangsa tak perasan dia disihir, selalu orang sekeliling perasan perubahan tingkah laku. Cepat-cepat dapatkan rawatan.
Artikel Tanda Seseorang Terkena Sihir Cinta pengasih
Rawatan:
Silalah baca:
–> Ayat kursi
–> Surah 3 kul
–> Surah Yunus: 81-82
–> Surah Al-A’raf: 117 – 122
–> Surah Taha: 69
Selepas itu tiup ke tapak tangan, sapu seluruh badan hingga kaki. InsyaAllah berkesan..
Cara Elak Sihir:
  • Jaga solat, jaga akidah
  • Lepas solat jangan bangun dulu hingga habis baca ayat Kursi
  • Jangan jumpa bomoh (sebaliknya jumpalah pakar perubatan Islam yang sah). Hadis sahih muslim kata siapa jumpa tukang tilik (bomoh) dan bertanyakan soalan, solatnya tak diterima 40 hari 40 malam
Tanda2 seseorang itu bukan pengamal perubatan Islam :
  • Minta nama ibu
  • Minta barang/pakaian pesakit
  • Minta ayam/binatang nak sembelih
  • Baca jampi yang kita tak faham
  • Memberikan tangkal
  • Dia memakai tangkal
  • Suruh tanam ‘barang’ untuk pendinding rumah
  • Dia boleh nampak hingga berapa ekor syaitan/jin pada diri kita
  •  Sihir pelalau (jadi benci semua lelaki sampai xnak kahwin), Penunduk (nasi kangkang), Sihir tafrik (pemisah suami isteri)..
Semoga bermanfaat!
SUMBER DARI http://fitrihadi.com

Cara Merawat Gangguan Jin Qarin / Ilmu Hitam / Sihir / Ifrit / Saka (Pes...

aku.bukan.nobita!: Simptom dan cara mengubati Gangguan Saka

aku.bukan.nobita!: Simptom dan cara mengubati Gangguan Saka: Org nka berkongsi sedikit tentang saka..harap2 ada info yang dapat membantu.Insya allah. Masyarakat melayu kita memahami saka sebagai ilm...

AS-SYIFA' JOHOR : Khidmat Rawatan Islam & Terapi Kaunseling Pengubatan: SAKA : KESAN DAN CARA RAWATANNYA. Kenali Diri Anda...

AS-SYIFA' JOHOR : Khidmat Rawatan Islam & Terapi Kaunseling Pengubatan: SAKA : KESAN DAN CARA RAWATANNYA. Kenali Diri Anda...: Abstrak : Saka adalah perkataan yang sangat ditakuti kini dalam masyarakat kita berbanding dengan perkataan pusaka. Saka lebih sinonim deng...

Isnin, 23 September 2013

Petanda Seseorang Mempunyai Saka

Petanda Seseorang Mempunyai Saka
Petanda Seseorang Mempunyai Saka | SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.
Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.
Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.
Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.
Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.
Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.
Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi.
Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.
Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau ‘layak’ mewarisinya.
Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak.
Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.
Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah SWT.
Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.
Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.
Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.
Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.
Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).
“Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak.
“Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.
“Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.
“Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru,” katanya.
Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.
“Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati.

Petanda Seseorang Mempunyai Saka

Gejala waktu tidur
  • Susah tidur malam.
  • Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
  • Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
  • Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
  • Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
  • Mimpi melihat budak kecil.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala waktu jaga
  • Selalu pening kepala.
  • Lalai mengingati Allah SWT
  • Sering lesu dan malas.
  • Rasa sakit di salah satu anggota badan.
  • Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi utama.
  • Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
  • Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
  • Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Emosional dan terlalu sensitif.
  • Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
  • Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.
“Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka,” katanya.
Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.
“Terdapat hadis daripada Abu Tha’labah berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah.
“Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya,” katanya.
Sharhan berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan cara meragukan.
“Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik.
“Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya,” katanya.
Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT.
“Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.
“Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah,katanya.
SUMBER DARI http://harianislam.com

Teknik2 lain Memulang Sihir


Sebenarnya banyak Teknik lain lagi selain

a) Solat Hajat
b) Yasin 40
c) Yasin 7 Mubin


diantaranya yang famous ialah...

a) Qunut Nazilah
b) Surah al-Harsh
c) Goreng Pasir
d) Kukur Tempurung Kelapa
e) Rendam Tubuh
f) Bakar Bata
g) Bakar Wafaq
h) Vodoo
i) Batu Panas - di baling ke rumah bomoh
j) Bakar Lubang bontot

dan lain-lain lagi...

Semuanya ada Pro n Con...Ada masa ada izinNya...DEN luahkan didada blog...

Sebaiknya kena sihir dulu baru boleh cerita bab sabar ni...Den dah beribu jumpa patient...ada ramai yg dah pada hakikatnya meragui kekuasaan Allah dan syumulnya Islam...mereka pun buat solat hajat dan yasin...tapi tanpa panduan dari yg Ahli...maka banyak tergantung...ada ka suruh berniat biar Allah tunjukan siapa yg buat...apa faedahnya...supaya berjaga2 ? Ooo itu mengarut aje...Sekarang ni penyihir buat terang2 dah tak yah nak scan2 atau mohon petunjuk...kasi KO aje baru senyap...

Ada patient Den dah semua Darul dia pi..dan ustaz2 tu pun kecut bila habis je dia merawat...geng2 3 line pi tabur tanah kubur depan rumah Ustaz dan Qari yg cuba duk mengubat...Depa siap ikut kemana mangsa berubat..lepas tu tabur bahan sihir direct tanpa segan dan selindung. Semua perawat tu surender...Sebab anak mini dan dia sendiri KO...macam ni punya sihir pun nak sabar..itu bodoh namanya.
Nabi sendiri suka umatnya yg kuat..sihat dan cerdik...

Bila Den start amik alih...baru meloncat penyihir2 tu semua...Siap hantar email nak bunuh DEN malam maal hijrah...9 orang sekali pakat nak hantar JIN..
Den jawab..bulu hidung pun tak goyang...Punya takbur mereka kata mereka di back up oleh Azazil...Tak gentar dengan solat hajat dan yasin 7 Mubin...
Akhirnya kelmarin siap dah nak upah bomoh lagi power...mau kasi mati DEN...
E-mail ugutan Den dah kasi pada mailing list Den...
Ramai Ustaz cakap je Allah the Great...in praktikal..baru kena tabur bahan sihir dah tak mau sambung rawatan kepada mangsa yg memang dah teruk...dimana kepercayaan mutlak Allah the great....

Den pernah ketemu 2 kes menggunakan Yasin untuk menyihir....Dasyat beb...Apakah pemungkasnya...Hanya mati sahaja yang tiada ubat...selain itu solat hajat ke .. Yasin ke...pasti ada penawarnya. Bahkan pendinding dari terkena bahang solat hajat atau Yasin pun ada pada pengamal ilmu hitam tahap tinggi...Namun kepada mereka yg berpengalaman...mudah aje untuk menyingkap/membatalkan dinding mereka
Kalau mana2 Ustaz yg kata tak boleh tepis...suruh dia belajar lagi...

Ada yg ajar solat hajat mohon tunjuk siapa punya angkara...perlukah itu semua...buang masa aje...kalau Allah tunjukan pun...apa kita boleh buat...nak berhati2 konon...Depa ni hati dah hitam...kalau ketahuan pun mereka bukan nak stop...So baik buat solat hajat..mohon macam yg Den ajar tu...So jimat masa dan tenaga.

Orang kata Den dah rugi sebab zas mereka yg menjadi punca rezeki...ialah jahat2 bomoh pun merekalah punya rezeki perawat dan Ustaz2 semua...He..he..he...
Pembawa dadah dah berapa ramai kena gantung....tetapi masih ramai yg berminat menjadi pengedar cuma mereka cipta kaedah kreatif utk mengedar...
Sekurang-kurangnya mana2 tok moh pun akan amik perhatian kalau nak titik mengsa..mungkin mereka akan up lagi pengeras nak amik insuran nyawa...Dan secara tak lansung ejen insuran dapat tambah income...

Seorang Doktor pakar Kanser..boleh bercerita bab kanser dari A-Z...Cerita bab Kanser tahap 1..2..3..4 Namun apakah sama pengalaman dengan mereka yg mengidap Kanser intu sendiri ?SUMBER DARI http://darulsaka.blogspot.com