Menuju ke puncak jaya

Menuju ke puncak jaya

Jumaat, 27 September 2013

IKHTIAR RAWATAN DAN PENAWAR SANTAU:


Terdapat pelbagai kaedah digunakan untuk merawat sakit santau antaranya adalah:

UBAT DALAMAN

Dengan cara menggunakan ramuan herba dan madu untuk di buat minum dan makan.
- Minum:
Bahan:
gula batu sebesar ibu jari tangan,
 -daun dukung anak secekak bersama dengan akar sekali , bagi pokok ini terdapat dua jenis:

1) Berwarna merah - ini jenis pokok jantan daunnya bercabang dan rasanya pahit.
2) Berwarna hijau- jenis pokok betina (dari jenis ini diambil untuk dibuat ubat), antara khasiatnya: penawar racun, ubat batuk, sakit kuning, memperbaiki selera
makan, merawat masalah lemah tenaga batin, darah tinggi, meningkatkan kekuatan jasmani.e, - daun pengaga secekak dengan akarnya sekali (gunakan pengaga kampung yang jenis kecil-kecil bukan pengaga jepun daun yang bulat lebar pegaga batas.), 
- batang tebu 3 ruas dibuang kulit dan ambil isinya dipotong kecil ( paling baik guna tebu hitam atau merah tapi kalau tiada boleh guna tebu biasa). 
Semua bahan tersebut direbus dalam periuk dengan menggunakan 4 gelas air,apabila air rebusan sudah tinggal dalam lebih kurang 2 gelas bolehlah dimatikan api dapur dan dibuat minum, minum masa ia masih suam panas. Kemudian tambah lagi gula batu dan air 4 gelas ke dalam bahan rebusan tadi untuk direbus kali kedua. Air rebusan ini perlu diminum berterusan sehingga badan sembuh. Antara khasiat meminum air rebusan ini ialah dapat mencuci darah dan dapat kecutkan organ-organ dalaman yang luka terutama bagi perempuan yang lepas bersalin. Air rebusan ini adalah bagi orang yang tidak ada penyakit kencing manis.

- Makan
Bahan :
Madu lebah 3 sudu (elok madu lebah tualang),
beras pulut 3 suku cawan yang dibasuh dan dikeringkan dan ditumbuk,
 - halia muda 3 sudu yang diracik halus dan dipotong dadu, 
- gula pasir 2  sudu. 

Cara: semua bahan di campur dan kacau sebati. Dan dimakan sesudu sejam sekali hingga habis.Jika tidak suka makan madu lebah boleh kurangkan sedikit madu lebah tersebut dalam ramuan. la boleh disimpan di dalam peti sejuk.Buat sehingga 7 kali. Ramuan ini tidak digalakkan untuk pesakit yang menghidap menyakit asma atau lelah kerana ia menggunakan beras pulut. Bagi pesakit yang mempunyai masalah sakit resdung berkemungkinan apabila memakan ramuan ini akan keluar jerawat disebabkan beras pulut juga.

Untuk PENAHAN DARAH

Bahan:
 -Kelapa muda (apa saja jenis yang hijau) jangan gunakan kelapa gading atau kuning kerana dalam alam ghaib, seperti pokok ciku, pokok buluh kuning adalah tempat tinggal makhluk halus, ini berdasarkan daripada pengalaman perawat-perawat Islam. 
air,
sirih, gambir, kapur makan dan buah pinang muda (ambil isi putihnya) bagi  biji pinang
 -sekapur, akar pinang, dan akar pisang kelat secekak. Kesemua ramuan ini direbus dan dibuat minum sebanyak 3 kali. Antara doa-doa yang dibaca untuk rebusan ini ialah :

- surah al lahab, al-masadd ayat 1: - apabila sampai bacaan pada akhir ayat ...' tab': disitu niatkan - Ya Allah berhentikan darah yg keluar dari mulut si polan bin polan, sambil letakkan tapak tangan di bawah halkum pesakit. Kalau yang berak berdarah letakkan tangan dibahagian pinggul pesakit (niat pun sama cuma tukar bahagian dubur). Tetapi jika pesakit tidak mahu disentuh tidak mengapa, cuma bacakan pada bahan ramuan saja.
 - surah yassin ayat 38: sama juga jika sampai ayat dzhalika "tak" ... dalam hati niat seperti dalam surah al lahab dan almasad.
 - surah hud ayat 44. 

SAKlT DADA

Bahan:
- jintan putih 1/2camca,
 - jintan manis 1/2camca, kayu manis 2 jari, dan biji buah pala 1 atau 2biji.
 Cara: semua bahan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal 1 cawan dan diminum pagi dan petang. 

Nota: Apabila dirawat pesakit masih sakit, panas badan, dan berasa pedih,jarakkan  atau selangkan sehari amalan meminum ramuan tersebut, insyAllah.

Jika kesemua bahan-bahan herba tidak boleh dimakan atau diminum memadai dengan mengambil madu lebah 1/2 camca pagi dan petang dengan perut masih kosong sebelum makan atau minum, dengan bacaan selawat dan doa, insyAllah kerana madu lebah itu sendiri sudah diiktiraf dan diterangkan oleh Allah Ta'ala dlm Al quran akan kebaikan dan khasiatnya.

KAEDAH PELINDUNG (pendinding diri)

Sentiasa menjaga solat dan amalan fardhu yang wajib dan melakukan yang sunat seperti solat sunat malam, berzikir, membaca Al Quran, dan sebagainya . Setiap amalan hendaklah membaca al quran dan surah-surah yang dibaca dan berzikir hendaklah diniatkan memohon kepada Allah ta'ala supaya dilindungi diri dan ahli keluarga dari segala bentuk kejahatan makhluk syaitan, jin, iblis, manusia dan sebagainya. Senantiasa mengamalkan dalam doa harian atau setiap lepas solat membaca surah Al fatihah, 3 Qul ( Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas), Ayatul Qursi, doa pengerak (bismillahiladzi la yadhurru ma asmihi syaiun fil ardhi ... sampai habis.  Melazimkan diri membaca ketika sebelum makan dan minum, sebelum  keluar rumah , lazimkan juga membaca 2 akhir ayat dari surah at taubah (ayat 128 dan 129) iaitu laqod ja'akum .... sampai habis., dan doa-doa yang lain.

CARA HENDAK MENGETAHUI TERKENA SANTAU:

Apabila hendak tidur, perahkan air limau nipis sedikit (tanpa ditambah dengan air) ke dalam mulut. Jika tiada masalah seperti batuk, gelisah samada semasa tidur atau tidak, berkemungkinan besar 90% masalah yang dialami ada bersangkut paut dengan santau.Jadi,segera dapatkan rawatan yang sewajarnya.Kalau tiada masalah Alhamdulillah. Santau biasanya bersangkut paut dengan penyakit fizikal juga seperti sakit, gatal-gatal pada anggota badan, kanser, sakit jantung, paru-paru, buah pinggang dan sebagainya, kecuali gout dan kencing manis. Wallahu'alam.

PERKARA YANG DILARANG APABILA PESAKIT SEDANG MENJALANl RAWATAN SANTAU

la bergantung kepada cara rawatan perawat-perawat lslam yang mempunyai pelbagai kaedah untuk merawat, ada perawat melarang pesakit memakan ikan yang bersengat,dan jika perawat yang menggunakan kaedah rawatan tepuk daun nangka seperti Ustaz Mokhtar Kasan ini, adalah ditegah pesakit apabila sedang menjalani proses rawatan memakan limau ( semua jenis limau terutama limau nipis, limau kasturi walau kordial sunquick tu pun tak boleh, apa-apa perasa limau tidak dibenarkan), cuka, buah yang masam dan jeruk (pickles),nenas, dan rebung yang boleh diklasifikasikan  berunsur tajam, dan kurangkan juga memakan makanan yang pedas, berminyak, air batu, tidak boleh melakukan kerja kuat atau aktivity yang lasak seperti bermain bola dan sebagainya, serta tidak boleh mengangkat barang berat. Dikhuatiri jika pesakit tidak mengendahkan segala larangan-larangan tersebut akan membawa kesan buruk dan padah terhadap pesakit itu sendiri kerana luka-luka dalaman masih belum sembuh sepenuhnya. Di samping mendapatkan rawatan dari perawat lslam adalah digalakkan pesakit itu sendiri berusaha untuk menguatkan daya ketahanan diri rohani dan jasmani melalui membaca Al Quran, berzikir dan sebagainya, secara istiqomah dan berterusan untuk mendapatkan ketenangan fikiran disamping berdoa kepada Allah Ta'ala semoga sembuh,insya Allah.

CARA MERAWAT PESAKIT SANTAU MELALUI KAEDAH TEPUK

Ustaz Mokhtar memberitahu kenapa menggunakan daun nangka tidak daun lain, jawapannya beliau tidak sempat bertanya kepada gurunya yang mana sudah meninggal dunia. Mungkin Allah Ta'ala menjadikan daun nangka ini ada kelebihannya tersendiri. Wallahu alam. Ada 2 cara boleh menepuk samada menggunakan daun nangka atau menggunakan tangan perawat itu sendiri untuk menepuk (tapi jika menggunakan tangan sendiri dikhuatiri pesakit tidak dapat menahan akan kekuatan daya zikir perawat tersebut sebab tu dialas gunakan daun nangka)
beza daun nangka dengan daun-daun yang lain ialah salah satunya daun nangka struktur daunnya kuat dan keras sedikit berbanding dedaun pokok lain yang mana jika digunakan daun pokok getah atau pokok rambutan atau durian atau manggis dan sebagainya  akan cepat hancur. Untuk sehelai daun nangka boleh digunakan lebih dari seorang .

Peralatan yang digunakan : bagi seorang pesakit -  sehelai daun nangka (untuk menepuk), 
1 pelepah daun pokok pisang yang baru nak terbuka (yang berwarna hijau muda) kalau tiada, guna sehelai surat khabar sebagai alas, 4 klip sepit rambut yang panjang (biasanya yang digunakan di kedai gunting saloon cina untuk gunting rambut), 1 keping kertas lukis pelan yang berwarna putih digunting empat segi panjang untuk diletakkan di atas permukaan surat khabar (di tengah-tengah) kemudian disepit (maknanya ditebuk kertas surat khabar itu lah yang mana atasnya ada kertas pelan) setiap penjuru kertas itu dengan 4 batang sepit rambut panjang tadi, lampu suluh untuk melihat barang santau yang keluar jatuh,getah tempe untuk mengikat bungkusan surat khabar untuk dibuang.

Air air mineral, tidak digalakkan menggunakan air yang sudah dimasak dan bekalan ubat pesakit seperti yang diterangkan sebelum ini untuk didoakan. - Antara doa-doa yang dibaca untuk rawatan adalah : Surah Al Fatihah, Selawat Syifa, Surah Mariam ayat  ayat 17, bismillah 5 (khasiatnya salah satu adalah penawar bisa), ayatul Qursi, surah Al hasyr ayat 21-24, Lau anzalna ... sampai habis ( dikenali sebagai ayat pemecah , pengebom : bagi pesakit yang ada sakit kanser dan perempuan mengandung , dan yng jenis muntah darah tidak boleh dibacakan ayat ini kepada mereka dikhuatiri akan mendatangkan kesan yang buruk seperti pesakit kanser, tumor akan pecah)dan doa-doa yang lain.

Merawat mengikut keadaan pesakit, ada sesetengah pesakit santau apabila dirawat sampai boleh mengalami histeria.Maka, untuk kaedah menepuk, bagi pesakit lelaki hendaklah berjumpa dgn perawat lelaki manakala pesakit perempuan semestinya berjumpa dengan perawat perempuan.Dilakukan kaedah tepuk ini di dalam bilik dengan membuka baju.
Note: hanya baju saja dibuka kerana samada perawat lelaki atau perempuan akan membuat kaedah menepuk pada bahagian tengkuk ke pinggang saja.

Posisi pesakit apabila hendak memulakan rawatan adalah dengan berkeadaan seperti merangkak di atas kepingan surat khabar 1 pelepah daun pisang yang sudah disediakan.

Cara menepuk: sebelum hendak dan bermula menepuk perawat disarankan membaca selawat , ayatul Qursi dan berdoa meminta perlindungan dari Allah Ta'ala serta mendoakan pesakit itu sembuh. InsyaAllah. Kemudian daun nangka tersebut hendaklah dipegang (dibahagian depan daun yang licin dengan ibu jari,di bahagian belakang daun yang timbul rangka bentuk daun dipegang dengan 2 atau 3 jejari tangan yang lain). Cara menepuk ialah seperti mengibas-ngibas selari, lakukan dengan perlahan-lahan. Sebelum menepuk, perawat disarankan menggunakan tangan menyentuh dibahagian tulang belakang pesakit dari atas ke bawah untuk memeriksa dan mengesan tempat santau itu berada, sekiranya dapat rasakan ada bahagian yang panas, berkemungkinan besar santau memang terletak dibahagian tersebut jadi mulakan saja proses menepuk di tempat yang berasa panas itu. Jika masih tidak dapat dikesan, perawat boleh memulakan kaedah menepuk bermula di bahagian tengkuk pesakit selari dengan tulang belakang hingga sampai bahagian pinggul, kemudian naik ke sebelah kiri bahu pesakit tepuk di situ dibawa selari ke bahagian bahu kanan buat sampai habis tiba ke paras pinggang. (ini adalah untuk satu pusingan saja) jadi dalam 1 rawatan tepuk dinasihatkan supaya buat sampai 3 pusingan sahaja, jangan lebih sebab berdasarkan pengalaman pesakit apabila mereka hendak meminta lebih dari 3 kali kebanyakkannya tidak tahan dengan penangan tepuk perawat yang selalu mengamalkan zikir , biasanya zikir yang diamalkan perawat menepuk kaedah santau ini ialah membaca surah al ikhlas.

Jika semasa dalam merawat pesakit ada tindak balas (iaitu tindak balas jin), maka perawat perlu tahan nafas dan baca ayatul Qursi dan tolak balik gangguan tersebut. Dalam rawatan tersebut ia akan menyerang melalui tangan perawat di mana perawat tersebut akan berasa bisa-bisa sendi di bahagian tangan. Jadi cara untuk menolak, baca ayatul Qursi serta tahan
nafas serta tangan lagi sebelah memegang pangkal bahu yang rasa bisa-bisa tersebut dengan menolak dari pangkal bahu sampai ke hujung jari, insyAllah..

Note: jangan sesekali menepuk bahagian kepala pesakit kerana dikhuatiri otak dan bahagian sistem dalaman kepala pesakit akan bergegar (ini amaran penting), hanya mulakan menepuk hanya dari bahagian tengkuk pesakit terus ke bahagian pinggang saja. Begitu juga pesakit jika hendak membuat rawatan tepuk sendiri di rumah (ikut cara tepukan perawat) jangan menepuk di bahagian kepala , mulakan menepuk dari tengkuk di bawa sampai ke kaki ( bagi pesakit, mereka boleh membuat sendiri rawatan tepuk ini dengan dibekalkan daun nangka yang sudah dibacakan doa oleh perawat, tetapi hendaklah di buat di dalam bilik air dan jika perlu minta bantuan dari pasangan atau ahli keluarga untuk membantu menepuk bahagian badan pesakit dari tengkuk ke kaki (pesakit hendaklah menanggalkan pakaian keseluruhannya, apabila sudah selesai pesakit perlu mandi bersabun dan bersihkan diri serta membersihkan bilik air, dikhuatiri jika ada tertinggal sisa-sisa santau yang jatuh di atas lantai akan terkena pada orang lain yang menggunakan tempat yang sama. Bagi rawatan sendiri, sekurang-kurangnya pesakit perlu membuat 2 kali atau 3 kali sehari.

Apabila sudah selesai proses menepuk, perawat boleh menggunakan lampu suluh untuk melihat serbuk atau cebisan santau yang keluar dari badan pesakit dengan mematikan lampu bilik, kemudian letakkan cahaya lampu suluh tersebut selari dengan permukaan surat khabar, insyAllah akan lihat jenis santau yang dikeluarkan. Jika menggunakan daun pisang, biasanya jika santau yang keluar akan jatuh tercacak ke atas daun pisang tersebut,dan daun pisang akan menjadi layu bila cebisan atau serbuk santau jatuh di atasnya. Kemudian perawat perlu berhati-hati untuk mengemaskan tempat tepukan (alatan suratkhabar atau daun pisang yang digunakan), di sini perawat perlu berhati-hati bila hendak menggulung surat khabar atau daun pisang tersebut, jangan terkena cebisan santau yang jatuh di atas permukaaan surat khabar atau daun pisang ( jika menggunakan sepit rambut itu boleh ditarik dan boleh digunakan semula, dicuci), suratkhabar atau daun pisang hendaklah digulung kemas, apabila sudah digulung kemas bahagian hujung kiri dan kanan suratk habar daun pisang tersebut dilipat sampai bertemu 2 di tengah-tengah (lipatan lipatan buat "tempe"), kemudian di ikat rapi dengan getah tempe. Bolehlah ia dibuang ke dlm tong sampah (yang mana biasa lori sampah akan membawa sampah ke tapak pelupusan sampah dan boleh di bakar di tempat sampah. Jika cara dahulu apabila selesai rawatan perawat terpaksa menggali lubang di halaman rumah untuk menanam lipatan daun pisang yang berisi santau ini ke dalam lubang tanah.

Jika sudah selesai semuanya, bolehlah dicuci tangan atau mandi dengan bersabun bersih-bersih kemudian buat solat sunat. 

Note: sebelum mengambil daun nangka dari pokok nangka atau daun pokok pisang adalah dinasihatkan supaya berdoa dan niat , memberi salam kepada nabi llyas ( surah as- soffat: ayat 130: salamun ala ilyasiin (salam sejahtera kepada Nabi Ilyas) kenapa perlu memberi salam dan meminta izin dari nabi llyas kerana nabi llyas ditugaskan untuk menjaga tumbuhan), niat untuk mengambil daun ini untuk dibuat ubat, kemudian baca Surah Al fatihah 1 kali, dan
surah Al ikhlas 11 kali, serupa juga nak gunakan daun tersebut untuk menepuk baca surah Al Fatihah 1 kali dan surah Al ikhlas 11 kali. Di nasihatkan jika hendak mengambil apa-apa jenis tumbuhan untuk dibuat ubat dalam rawatan hendaklah diambil pada waktu siang jangan di ambil pada waktu malam. Kerana tumbuhan juga makhluk Allah Ta'ala, mereka juga beristirehat pada waktu malam seperti manusia.

PEMUTUS

Jika pesakit sudah sembuh betul, dibolehkan pesakit membawa 3 biji limau nipis setangkai (dipetik tangkainya dari pokok limau tersebut menghadap Qiblat semasa memetik dan jangan memetik terkena bayang-bayang, beri salam kepada nabi Ilyas, jika tidak ada atau susah, memadai pergi ke kedai runcit beli 3 biji limau nipis pun boleh, garam halus, dan sebilah pisau, bawa barang-barang tersebut kepada perawat, biasanya bahan-bahan ini akan digunakan perawat untuk menandakan tamatnya rawatan pesakit tersebut, contohnya dari sebiji limau yang dibawa pesakit tersebut, perawat akan memotong dan mengambil 1 belahan limau di sapu dengan garam halus  dan diberi kepada pesakit tersebut untuk dihisap , belahan lagi 1 limau nipis itu perawat akan menghisap serupa macam pesakit. Akhirnya perawat akan bekalkan bacaan doa pada air rawatan kepada pesakit untuk dibuat minum. Antara doa-doa tersebut: 



Al Fatihah, bismillah 5, dan selawat syifa. Jika pesakit tidak dapat menyediakan limau nipis dan bahan-bahan yang lain, memadailah jika pesakit dengan ikhlas hati memberi hadiah berupa sesuatu pakaian yang boleh digunakan untuk solat contohnya: sejadah, telekung, kopiah, sarung kain, / selipar utk ke masjid, contohnya. Sebenarnya tidak ada perkataan : wajib bagi seseorg untuk memutuskan ubat & tiada perkataan pengeras dalam perubatan islam SUMBER DARI http://darussyifabbst.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan