Menuju ke puncak jaya

Menuju ke puncak jaya

Khamis, 3 Oktober 2013

Nasi Kangkang buat suami?(care mengatasi sihir)

Dosa melakukan perkara tersebut kerana telah dihasut oleh syaitan yang akan membawa mereka ke neraka jahanam. Oleh itu jauhilah ilmu tersebut walaupun dengan pelbagai alasan sekalipun. 


“Nasi Kangkang” atau “Nasi Tangas” adalah sejenis ilmu hitam yang digunakan oleh orang perempuan Melayu untuk menundukkan orang lelaki atau suaminya. Ianya adalah menyalahi syariat Islam dan orang yang melakukannya adalah haram di sisi agama Islam. Sehingga kini amalan sebegini masih lagi digunakan oleh perempuan baik yang Melayu ataupun bangsa lain. Tujuannya adalah untuk menundukkan lelaki ataupun suami.

Nasi kangkang ni terjatuh di dalam sihir pengasih. Kadang kadang ia menggunakan sihir perantaraan jin dan perjanjian setan, kadang kadang tak perlu pun, hanya kesan daripada kangkangan tersebut.

Selalu pembuat nasi kangkang akan masak nasi yang panas2 , letak dalam pinggan, yang si perempuan pulak akan pakai kain batik, kemudian dia akan cangkung dan meletakkan nasi betul2 bawah kemaluan dia. Ala macam style nak berak. cuma letak nasik je.

Hasil dari wap tersebut, lama2 akan menghasilkan air kan, sampai air tu menitik atas nasi, maka selesailah sesi nasi kangkang tersebut. Nak lagi best kalo masa tu haid, pergh.. memang tak tertahan.. orang cakap lagi umph.. Cam cakap tambah susu .. hehehe…

Pastu dihidangkan la kepada sang suami., dengan tujuan supaya suami akan gila2 sayang sampai jadi ***** alang. Sebenarnya, secara saintifik nya, tak tau la kebenaran nasi kangkang ni. Tapi yang pasti dia akan menghasilkan dua efek.

Efek pertama, suami tu betul2 sayang dan jadi gila bayang. efek ke dua pulak jadi terbalik, iaitu suami tersebut akan benci kepada semua golongan bernama wanita. Ok?. Jadi, sesiapa yang terkena nasi kangkang tu, pegi la berubat dengan mana mana perawat islamKesannya:
Lelaki yang terkena nasi kankang ini tindak tanduknya seperti orang *****. Ikut sahaja kehendak isteri. bagi isteri pula sesungguhnya dia telah melakukan syirik kepada Allah SWT.

Cara mengelaknya:
Bagi lelaki yang rasa khuatir atau curiga dengan tindak tanduk isterinya, selalulah dia amalkan membaca Al fatihah dan Ayat Kursi serta doa pelindung (seperti : Bismillahillazi la yadurru…) sebelum menjamah makanan.

Seeloknya bagi para isteri tak perlulah menundukkan suaminya. Rumahtangga itu haruslah dibina dengan perasaan “sakinah” (tenang) dan “mawaddah” (kasih sayang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan