Menuju ke puncak jaya

Menuju ke puncak jaya

Khamis, 14 November 2013

Gangguan jin ujian dan kifarah Allah




Assalam mua'alaikum

Saya terpanggil untuk bercerita tentang musibah seperti gangguan jin dan kifarah Allah. Agak lama saya tidak bercerita kali ini saya akan kupas bab ini pula.


Ada pembaca yang menghubungi saya dan bertanya berkenaan gangguan jin dan kenapa sebahagian pengamal ilmu bathil tidak terkena sebarang musibah dan gangguan jin. Jawapan saya adalah mudah. Sebabnya kifarah. Allah sayangkan kita dan itu lah sebabnya kita kena gangguan jin dan musibah.




Ujian Allah itu ada 2 martabat. Satu sebagai ujian menguji iman kita dan kedua sebagai peringatan kepada bahawa kita ada melakukan kesilapan dan dosa. Ramai yang faham martabat yang pertama iaitu Allah sayang kita dan Allah sedang menguji iman dan kesabaran kita. Martabat yang kedua ramai yang gagal ambil iktibar dan faham.
Allah memberikan petunjuk dan hidayah melalui ujian. Petunjuk bahawa kita pernah melakukan kesilapan dan Allah mahu kita cari punca kesilapan kita dan betul kan kesilapan kita semasa kita didunia. Ujian gangguan jin ataupun musibah berpanjangan bermaksud kita memang ada buat salah dan Allah sedang cuba menyedarkan kita dari kealpaan dan terus menerus melakukan dosa dan kesilapan.
Kifarah Allah ada dua. Satu didunia dan satu lagi diakhirat. Lebih baik Allah memberikan kita balasan didunia dan ringankan balasan kita diakhirat. Ada sesetengah orang balasannya diperam sehingga ke akhirat atas dosa dan kesalahan mereka sebab Allah memang betul betul mahu kan mereka menerima balasan yang setimpalnya diakhirat.




Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”




Diakhirat tiada lagi keampunan dan juga taubat serta peluang untuk membetulkan kesalahan kita. Semakin banyak ujian sebenarnya bermaksud Allah sayangkan kita dan melalui satu hadis Allah menurunkan ujian disebabkan Dia ingin mendengar kita meminta dan merayu kepadaNya. Melalui ujian juga Allah nak berikan kita kesenangan seperti mana didalam.alquran yang berbunyi didalam kesulitan itu ada kemudahannya. Sesunguhnya didalam kesusahan itu ada kesenangannya.
Diharapkan para pembaca dapat mengambil.iktibar dari posting saya kali ini.
Wallahu aklam.....sumber dari http://ilmuhaq-danish.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan